ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
1. Jangan gah bangunan mencakar langit, tapi rakyat ikat perut, tidur berbumbung langit - Sultan Perak
Bangunan megah mencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbung langit, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
2. Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abd Halim mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan susulan tular isu ahli AMK negeri berhasrat menganjurkan percutian ke Hatyai, Thailand.
3. Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU
Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam.
4. Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis
Siasatan awal polis mendapati lelaki berumur 42 tahun yang maut dipercayai akibat dipukul selepas kejadian langgar lari di Semenyih Selasa lepas, positif dadah jenis ganja dan methamphetamin, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
5. Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta - Dr Dzul
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta dan dikekalkan pada kadar RM80 sejam.
6. Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Masalah bekalan air di Pangkor yang terjejas sehingga mengganggu aktiviti pelancongan berjaya dipulihkan sepenuhnya, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
7. Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke
Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka.
8. Harga beras: PM arah NACCOL muktamadkan hasil libat urus sebelum dibawa ke Kabinet
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya hasil perbincangan libat urus pada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai penetapan harga beras putih, yang bersidang pada Jumaat supaya dibentang dan dimuktamadkan pada mesyuarat seterusnya pada 20 Mac depan sebelum diangkat untuk pertimbangan Kabinet.
9. Anggota bomba jatuh sungai ditemui lemas selepas 19 jam hilang
Mayat anggota bomba yang terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan penyelenggaraan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) malam Khamis ditemui jam 5.32 petang Jumaat.
10. Muhyiddin nafi terlibat salah guna kontrak Spanco
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dirinya terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco).
Astro Awani
Fri Feb 23 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
India bawa pulang 10 tan emas dari Britain - Laporan
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mei 2024.